Hari-Keluarga-Sendeng-20Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, telah berlangsung pada 25/04/2015, Majlis Jamuan Makan Malam bersama Ahli Keluarga PWJS. Majlis ini merupakan acara tahunan dan menjadi tradisi bagi Pertubuhan Warisan Jari Seni. Selain daripada makan malam dan berhibur, matlamat utama majlis adalah beramah mesra serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli PWJS

Segak Panglima berbaju baharu,
Untuk dipakai ke majlis rasmi,
Doa ku panjat semoga ketemu,
Dilain masa berjumpa lagi.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Nordin, selaku penganjur yang juga merupakan tuan rumah, yang telah berusah payah bersama AJK PWJS yang lain untuk menjayakan majlis tahunan ini.